Halleluyah.. Praise the Lord Our God The Almighty. Adyc Partners Weekends telah diadakan pada 22hb ogos 2009 - 24hb ogos 2009 di Niah National PArk dan ianya berjalan dengan lancar. Thanks to ADYC Exco who comes up with this good starting idea in a way to aim higher by implementing the theme of Transforming Our Land in One Generation. well..not an easy task as each and every one of us has our own responsibilities and professions but with FAITH we believe that Jesus will make a way for it and yet.. it is our calling to do so. Am i right?? =)
Lets start to support each and every one especially the leaders in PRAYER and in ACTION so that in 30 years to come...Our Land has been transform into ONE generation. =)
By the way...perjalanan ke Gua Niah..fuhh..tapi What we have start, we have to finish it..dan semua program yang dijalankan termasuk Sharing, the Games.. semua menyeronkkan and there's a lot of input..am i right?? =)
SERVE THE LORD WITH JOY & GLADNESS =)
- balenty A. -
Friday, August 28, 2009
Sunday, August 23, 2009
AYDC Partners Weekend 2009 (Gua Niah Miri)
Good morning Leaders dan friends,
Last person sampai rumah (Tyeeto Wellintong) 25/8/2009 4:07AM.
Syukur pada Tuhan kita semua selamat pergi dan balik walaupun terpaksa menempuhi pelbagai rintangan dan masalah.
Join a race is not about winning but taking part.
Terima kasih atas semua sokongan dan usaha anda semua yang sanggup mengorbankan masa, tenaga dan wang untuk menuntut dan memenuhkan ilmu di dada.
Bolehkah leader yang pergi dan balik berikan komen tentang program tersebut.?
1.Kelemahan yang berlaku
2.Ketepatan masa
3.makanan
4.tempat tinggal
5.speaker
6.bahan sokongan (semasa preach)
7.dan lain2.
8.Kekuatan dan sesuatu yang kita boleh jadikan teladan.
My komen,
Keseluruhan program memuaskan dengan budget yang tinggi saya rasakan.
Tidak menepati masa. Kita juga pernah hadapi (1voice last year)
Pengurusan pengangkutan yang tidak cekap.
Committee harus datang lebih awal dari peserta.
Sesi Ben kurang diserta kan dengan bahan sokongan serta ayat dari alkitab (komen Lindo)
Takkan bawa satu gitar saja, alat muzik lain pun boleh disertakan.
Oleh kerana yang pergi semuanya dah matang, tiada masalah dari segi pergaulan dan disiplin. Komiti dan peserta sama2 boleh bercampur. semangat kearah bekerjasama masih kuat.
Sesi speaker dari luar itu amat berkesan, boleh dijadikan pengajaran dan teladan. cara untuk curi tumpuan pendengar.
GBU.
Tuesday, August 18, 2009
Region 5 (Mission & Evangelism Team) Trip Ke Kampong Kakas, Padawan Pada 8-9 Ogos 2009.
Trip Ke Kampong Kakas, Padawan Pada 8-9 Ogos 2009.
Misi penginjilan adalah satu pelayanan yang telah ditubuhkan oleh wilayah 5 bagi menjangkau kawasan yang agak terpencil dan kurang aktif kerohaniannya, bukan sahaja di wilayah 5 tetapi di mana mana kawasan. Mungkin tidak keterlaluan sekiranya team ini mempunyai rancangan untuk bergabung dengan team penginjilan dari luar negara pada masa akan datang, untuk misi kemanusiaan serta menginjil di luar negara sebab bagi Tuhan tiada yang mustahil asalkan kita setia dengan perkara yang kecil. Pendedahan seumpama ini sangat berguna supaya semangat penginjilan dapat diterap di kalangan muda mudi Anglikan khasnya.
Amanat Agung yang mengatakan “Pergilah kepada semua bangsa di seluruh dunia dan jadikanlah mereka pengikut-Ku. Baptislah mereka dengan menyebut nama Bapa, Anak, dan Roh Kudus.” Matius 28:19, harus menjadi agenda utama gereja pada masa kini untuk menyediakan dunia bagi kedatangan Tuhan Yesus yang kedua kali.
Trip kali ini adalah trip susulan (Follow up Trip) ke kampong Kakas di bawah parish St. Philip Padawan. Team kami terdiri daripada 5 orang, iaitu bro Wisco, bro Benson, Cikgu Bonica, bro Tito dan saya sendiri. Perjalanan dimulakan dari kampong Kambug Padawan, pada pukul 3.00 petang. Oleh kerana kedudukan kampong Kakas berada di atas gunung, kami mengambil masa kira-kira 1 jam untuk tiba di kampong tersebut. Segala penat lelah yang kami alami semasa dalam perjalanan menaiki gunung seolah-olah hilang apabila tiba di kampong tersebut sambil melihat pemandangan yang sangat cantik dengan udaranya yang segar. Seperti biasa apabila kami tiba, kami akan berjalan masuk ke dalam kampong yang mempunyai kira-kira 15 buah keluarga. Sambil berjalan berjumpa dengan orang kampong, kami juga berdoa terus untuk kampong tersebut. Kami singgah dan bermalam di rumah ketua kampong iaitu En. To-ot. Oleh kerana gereja mereka masih dalam pembinaan, semua aktiviti pelayanan diadakan di rumah ketua kampong. Pada malam tersebut kebaktian dipimpin oleh bro. Benson selaku pengkotbah kami. Kedatangan penduduk kampong pada malam tersebut sangat menggalakkan. Topik kotbah pada malam tersebut adalah tentang “ Keselamatan”. Mereka juga di pimpin untuk menerima Yesus sebagai Tuhan dan Juruselamat.
Pada pagi hari Ahad pula, kami juga turut mengadakan kebaktian serta sekolah minggu. Sekolah minggu di pimpin oleh bro.Wisco dan bro. Tito. Kotbah pada hari minggu itu adalah tentang “iman”. Kehadiran semasa kebaktian hari minggu itu adalah sekitar 38 orang termasuk anak sekolah minggu. Selepas kebaktian, kami juga sempat memberi sedikit sumbangan dari Wilayah 5 untuk dana gereja baru mereka, St. Monica. Setelah makan tengah hari, kami bertolak meninggalkan kampong Kakas pada pukul 12.30 petang.
Daripada pemerhatian saya, trip kali ini sangat menggalakkan dan ada perubahan dari segi pertumbuhan rohani. Bro. Benson juga menyampaikan kotbahnya dengan sangat baik dan beliau dapat menarik perhatian penduduk kampong. Tuhan juga bekerja dengan sangat luar biasa.
Harapan kami adalah semoga firman Tuhan yang ditaburkan di kampong Kakas akan tumbuh dan berbuah. Saya menyeru agar kita semua terus berdoa untuk kampong kakas supaya Tuhan mencukupi keperluan mereka dan memilih pemimpin jemaat disana. Kita juga akan terus berkunjung ke sana untuk menggalakkan saudara saudari kita di sana supaya mereka dapat merasa kabaikan kasih Tuhan itu.
013-8186033
Wednesday, August 12, 2009
MAJLIS MAKAN MALAM WILAYAH 5 (coming next)
Majlis Makan
Malam Wilayah 5
12 September 2009, Dewan Masyarakat Siburan
Penganjur : St Paul, Bunuk
Tiket berharga RM25 telah mulai diedarkan, sila dapatkan daripada wakil parish masing-masing.
Ini adalah aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh muda-mudi wilayah 5 untuk berkumpul setahun sekali.
12 September 2009, Dewan Masyarakat Siburan
Penganjur : St Paul, Bunuk
Tiket berharga RM25 telah mulai diedarkan, sila dapatkan daripada wakil parish masing-masing.
Ini adalah aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh muda-mudi wilayah 5 untuk berkumpul setahun sekali.
Subscribe to:
Posts (Atom)