Tuesday, August 18, 2009

Region 5 (Mission & Evangelism Team) Trip Ke Kampong Kakas, Padawan Pada 8-9 Ogos 2009.



Trip Ke Kampong Kakas, Padawan Pada 8-9 Ogos 2009.




Misi penginjilan adalah satu pelayanan yang telah ditubuhkan oleh wilayah 5 bagi menjangkau kawasan yang agak terpencil dan kurang aktif kerohaniannya, bukan sahaja di wilayah 5 tetapi di mana mana kawasan. Mungkin tidak keterlaluan sekiranya team ini mempunyai rancangan untuk bergabung dengan team penginjilan dari luar negara pada masa akan datang, untuk misi kemanusiaan serta menginjil di luar negara sebab bagi Tuhan tiada yang mustahil asalkan kita setia dengan perkara yang kecil. Pendedahan seumpama ini sangat berguna supaya semangat penginjilan dapat diterap di kalangan muda mudi Anglikan khasnya.

Amanat Agung yang mengatakan “Pergilah kepada semua bangsa di seluruh dunia dan jadikanlah mereka pengikut-Ku. Baptislah mereka dengan menyebut nama Bapa, Anak, dan Roh Kudus.” Matius 28:19, harus menjadi agenda utama gereja pada masa kini untuk menyediakan dunia bagi kedatangan Tuhan Yesus yang kedua kali.

Trip kali ini adalah trip susulan (Follow up Trip) ke kampong Kakas di bawah parish St. Philip Padawan. Team kami terdiri daripada 5 orang, iaitu bro Wisco, bro Benson, Cikgu Bonica, bro Tito dan saya sendiri. Perjalanan dimulakan dari kampong Kambug Padawan, pada pukul 3.00 petang. Oleh kerana kedudukan kampong Kakas berada di atas gunung, kami mengambil masa kira-kira 1 jam untuk tiba di kampong tersebut. Segala penat lelah yang kami alami semasa dalam perjalanan menaiki gunung seolah-olah hilang apabila tiba di kampong tersebut sambil melihat pemandangan yang sangat cantik dengan udaranya yang segar. Seperti biasa apabila kami tiba, kami akan berjalan masuk ke dalam kampong yang mempunyai kira-kira 15 buah keluarga. Sambil berjalan berjumpa dengan orang kampong, kami juga berdoa terus untuk kampong tersebut. Kami singgah dan bermalam di rumah ketua kampong iaitu En. To-ot. Oleh kerana gereja mereka masih dalam pembinaan, semua aktiviti pelayanan diadakan di rumah ketua kampong. Pada malam tersebut kebaktian dipimpin oleh bro. Benson selaku pengkotbah kami. Kedatangan penduduk kampong pada malam tersebut sangat menggalakkan. Topik kotbah pada malam tersebut adalah tentang “ Keselamatan”. Mereka juga di pimpin untuk menerima Yesus sebagai Tuhan dan Juruselamat.

Pada pagi hari Ahad pula, kami juga turut mengadakan kebaktian serta sekolah minggu. Sekolah minggu di pimpin oleh bro.Wisco dan bro. Tito. Kotbah pada hari minggu itu adalah tentang “iman”. Kehadiran semasa kebaktian hari minggu itu adalah sekitar 38 orang termasuk anak sekolah minggu. Selepas kebaktian, kami juga sempat memberi sedikit sumbangan dari Wilayah 5 untuk dana gereja baru mereka, St. Monica. Setelah makan tengah hari, kami bertolak meninggalkan kampong Kakas pada pukul 12.30 petang.

Daripada pemerhatian saya, trip kali ini sangat menggalakkan dan ada perubahan dari segi pertumbuhan rohani. Bro. Benson juga menyampaikan kotbahnya dengan sangat baik dan beliau dapat menarik perhatian penduduk kampong. Tuhan juga bekerja dengan sangat luar biasa.
Harapan kami adalah semoga firman Tuhan yang ditaburkan di kampong Kakas akan tumbuh dan berbuah. Saya menyeru agar kita semua terus berdoa untuk kampong kakas supaya Tuhan mencukupi keperluan mereka dan memilih pemimpin jemaat disana. Kita juga akan terus berkunjung ke sana untuk menggalakkan saudara saudari kita di sana supaya mereka dapat merasa kabaikan kasih Tuhan itu.



Disediakan oleh;
Bro. Andy Duum
mazmurdaud@hotmail.com,



013-8186033

No comments: